Monday, December 7, 2009

Jalan Orang Kuat muka18

page 18.
Life Is A Serious Business.

Kehidupan - adalah suatu perkara yang besar, bukan main-main.
Kehidupan adalah satu pekerjaan, satu tugasan yang berat.
Pada masa yang sama, kehidupan adalah satu perjalanan yang panjang.

Keberhasilan, kegagalan, ketawa dan air mata - kehidupan mempunyai segala ragam.
Di mana ada cinta, di situ ada benci.
DI mana ada kejayaan, ada juga kekalahan.
Dalam setiap kehidupan, kegembiraan dan kesedihan silih berganti, seperti drama swasta di TV.

Kerana itulah, dalam semua keadaan - rancanglah tindakanmu untuk kehidupan yang akan engkau lalui.

Janganlah hanya menurut arus membawamu hanyut, ke dasar entah di mana. Kehidupanmu - engkaulah yang harus mengurusnya.
Mind Your Own Business! (<--ni tambahan je :D)

Untuk kehidupanmu yang seterusnya, bagaimana kau akan melaluinya?
Pertama, apa perancanganmu?

No comments: