Friday, December 11, 2009

Jalan Orang Kuat muka 19

批判、批評精神をもて
Milikilah Semangat Mengkritik!

Apa saja topik tidak mengapa.
Berita semasa atau apa saja yang berlaku dalam dunia hiburan juga boleh.
Sukan mungkin yang paling sesuai.

Apa saja yang engkau fikirkan tentang apa yang berlaku di hadapan matamu -
harus sentiasa engkau berikan pendapat dan kritikan.
Boleh lakukan dalam hati juga.
Janganlan membiarkan sesuatu yang terjadi berlalu begitu sahaja.

Hanya membaca akhbar, menonton TV. berak dan tidur, tidak akan memberi sebarang perkembangan dalam dirimu.

Sentiasalah mengulang-ulang di fikiran -
'bagiku, ini yang aku fikir, aku rasa, aku percaya, aku ingin kata' -
tentang sesuatu atau apa saja!

Janganlah menjadi seperti orang bodoh yang apabila ditanya, hanya mampu menjawab -
'entahlah', 'biasa saja', 'biasalah tu','tak ada apa-apa','saya tak kisah...'
Orang seperti ini, lambat laun akan hilang jatidiri, tidak akan dipedulikan orang untuk pandangannya.

Sentiasalah menempa pemikiran sendiri, pendirian sendiri.
Kemudian, jadilah seorang yang kritikal sedaya-upayamu.

Habiskan dengan -
'Aku fikir begini, begini, begini...'

****
special nod to mr kritik of VF

No comments: