Tuesday, October 27, 2009

Men Are From Mars, Women

Buku Men Are From Mars, Women Are From Venus
www.saifulislam.com

"Sempena saya nak berumahtangga ni, apa kitab yang ustaz nasihatkan saya baca?", tanya seorang anak muda kepada saya.
"Kalau ustaz cadangkan buku, boleh? Bukan kitab", saya mengusik.
"Sama sahaja tu ustaz. Satu Bahasa Arab, satu Bahasa Malaysia", beliau membalas.
"Bukan apa, susah orang nak terima kalau Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray tu sebagai 'kitab'!", saya menyambung.
"Ustaz suruh saya baca buku tu? Kenapa?", tanyanya seperti terkejut.
"Itulah, ustaz dah cakap, mesti anta terkejut punya", saya tersenyum.
"Kenapa ustaz tak cadangkan saya baca buku Adab Perkahwinan oleh al-Albani ke, atau buku Tarbiyyah al-Aulaad fi al-Islaam oleh Abdullah Nasih Ulwan?", beliau menyambung pertanyaan.
"See, kalau ustaz sebut kitab-kitab tu, anta pun dah tahu dan faham kenapa buku tu perlu dibaca. Tapi buku John Gray ni, kalau ustaz tak sebut, rasa-rasanya anta terfikir tak untuk membacanya?", saya menguji.
"Hmm, entahlah. Mungkin tak kot", jawabnya perlahan.

Apabila adik-adik meminta nasihat tentang perkahwinan, saya tidaklah begitu bimbang dengan soal hukum. Terutamanya bagi mereka yang sudah biasa dengan usrah, program-program agama dan bahan-bahan bacaan berkaitan yang pelbagai. Soal hukum-hakam, kita tahu di mana hendak bertanya, dan bagaimana hendak menyelesaikannya.

Tetapi rumahtangga bukan terbina hanya atas kejelasan soal hukum fiqh. Malah jarang benar saya berbual dan berkongsi kisah tentang rumahtangga, membabitkan soal hukum. Hukum yang Syariatullah itu jelas dan cerah.

Namun ketetapan Allah bukan hanya sekadar pada apa yang halal dan apa yang haram. Hidup ini bukan hanya pada Syariatullah. Manusia saling berhubung dengan Sunnatullah. Psikologi manusia dan peraturan komunikasi.

Inilah yang menjadikan saya senang mencadangkan buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray itu. Buku itu adalah hasil kaji selidik (survey) yang membabitkan jumlah manusia yang ribuan. Ia adalah kajian tentang tabiat manusia.

Kali pertama saya mengenal buku ini ialah pada tahun 2000 iaitu pada ulangtahun pertunangan saya yang pertama. Tunang saya ketika itu mengepos buku ini jauh dari Ireland ke London, dengan meletakkan harapan agar saya membaca dan menghayatinya. Semasa buku itu saya terima, senget juga wajah saya membaca tajuknya.

"Buang tebiat ke ni? Buku apa ni?", saya mengomel sendirian semasa membuka bungkusan pos.
"Ustaz kena baca buku tu. Besar harapan Kak Muna tu", kata Nasreel, housemate saya ketika itu.

Selembar demi selembar saya belek. Ternyata buku itu sungguh mengenyangkan. Mengenyangkan emosi dan fikiran saya, tentang betapa perlunya saya belajar tentang manusia. Khususnya insan yang bakal berkongsi kehidupan dengan saya hingga ke hujung usia.


APA YANG SAYA BELAJAR?

Lelaki dan perempuan nyata berbeza. Ungkapan klasik al-Ghazzali dalam isu yang sama menyebut, "lelaki itu 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan pula 9 nafsu dan 1 akal". Terjemahan itu telah mengelirukan saya walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan perempuan.

Selepas membaca tulisan John Gray, saya mengubah kefahaman saya terhadap kata-kata al-Ghazzali itu. Ungkapan beliau sepatutnya diterjemahkan kepada "LELAKI ITU 9 LOGIK DAN 1 EMOSI, PEREMPUAN PULA 9 EMOSI DAN 1 LOGIK ".

Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang kelelakiannya.

Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya.

Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah.


HUBUNGAN SUAMI - ISTERI

Akan tetapi, nasihat dan pandangan John Gray lebih saya aplikasikan kepada hubungan di antara suami dan isteri. Iaitu dua insan yang sangat perlu untuk saling memahami. Faham secara empathy dan cuba meletakkan diri di pihak pasangan.

Apabila isteri meluahkan pandangan, mengadu atau berleter tentang sesuatu perkara, amat perlu untuk seorang suami faham, bahawa tindakan itu selalunya bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kita ke arah penyelesaian. Sesekali ya, tetapi lazimnya tidak. Isteri-isteri sering begitu kerana mahukan perhatian. Mahukan layanan emosi dan bukti keprihatinan kita.

Maka janganlah pula suami terlalu cepat atau asyik mahu mencadangkan penyelesaian. Masalah-masalah itu sering boleh selesai hanya dengan kesediaan suami untuk menyayangi, atau dalam bahasa mudah... memujuk!

Namun ketahuilah wahai sang isteri, bahawa ia bukanlah suatu yang mudah bagi seorang lelaki. Makhluk yang gersang emosi dan kaya logik itu.

"Maafkan abang, andai diri ini tidak bijak menjadi pemujuk", itulah suara hati saya semasa muhasabah diri tentang sikap saya terhadap isteri.

Saya tahu yang saya kurang pandai memujuk. Kekadang kaku dalam menunjukkan keprihatian. Malah sering juga tanpa disengajakan, memperkecilkan keluhan isteri... lantaran menilai keluhan itu dengan logik dan rasional diri sebagai lelaki.

"Masalah macam itu pun nak besar-besarkan", itulah agaknya kesimpulan hati saya dan kebanyakan suami semasa mendengar pengaduan isteri.

Walhal isu itu besar... jika kita melihatnya dari sudut emosi, sebagaimana sudut isteri melihat dan menyuarakan isi hati. Maka nilaikanlah permintaan isteri dengan pertimbangan emosi, biar pun ia hanya secebis dari kemahiranmu sebagai lelaki.

"Maafkan abang!", sekali lagi saya rasa bersalah. Salah bagi seorang suami, menilai isteri dengan penilaian lelaki yang gersang emosi.


BAGI SI ISTERI

Manakala bagi sang isteri, fahamilah jua bahawa suamimu berfikir dengan cara yang berbeza. Keputusannya banyak oleh pertimbangan akal, sesuai dengan bahu dan tangannya yang berat memikul tanggungjawab. Apabila suami bertanya, dia mahukan pandangan. Dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan, tangisan, dan bukannya buah fikiran. Suami mencari penyelesaian, bukan sekadar perhatian dan perasaan.

Sama ada isteri itu seorang suri rumah, atau kerani, cikgu mahu pun doktor dan jurutera, nalurinya adalah naluri wanita. Kaya emosi dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.


BELAJARLAH UNTUK SALING MEMAHAMI

Di sinilah perhargaan saya kepada buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray kerana ia mengajar saya dan isteri untuk saling faham memahami. Pelajaran dari dua planet ini juga mendidik kami untuk memberi ruang kepada rasional dan emosi masing-masing berfungsi dengan baik, sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang diberi Ilahi.

Hal ini jugalah yang dibahas dengan panjang lebar oleh Stephen Covey dalam Habit #5 beliau iaitu Seek First to Understand, Then to be Understood.

Peraturan-peraturan ini bukanlah rekaan penulis seperti Covey dan Gray, namun ia adalah hasil kajian mereka terhadap tingkah laku manusia. Iaitu sebahagian daripada Sunnatullah... peraturan Allah dalam hubungan sesama manusia.


SUAMI, ISTERI DAN KAWAN

Kerana soal emosi dan logik tadi, saya cuba untuk memahami sesuatu.

Sering saya ketemu, isteri-isteri tidak begitu berminat atau komited lagi dengan persahabatan mereka. Biar pun mereka ada ramai best friends semasa anak dara, hingga tidur berkongsi bantal dan mimpi, namun selepas berkahwin dan beranak pinak, mereka tidak lagi serapat dulu. Tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu pada suami dan anak-anak.

"Kalau Yang nak gi kedai dengan kawan-kawan, do some shopping, Abi tak kisah pun. Take your time. I'll mind the kids", saya membuka tawaran kepada isteri.

Bukan apa, saya sering rasa bersalah kerana selalu terpaksa meninggalkan isteri. Mesyuarat, bekerja out station, ceramah, program dan macam-macam aktiviti luar, menyebabkan saya sering meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Bukan bersuka-suka bercuti dan bercanda, tetapi tugas dan tanggungjawab yang menjadi punca.

Lantas, saya tidak keberatan jika isteri saya mahu mengambil sedikit ruang untuk beliau pergi menziarahi sahabat atau menghadiri kursus-kursus rasmi dan tidak rasmi. Waktu untuknya tanpa saya. Tetapi lazimnya isteri saya lebih prefer untuk berada di rumah. Dan sebahagian besar sahabat yang saya temui, mengakui hal ini.


Mengapa hal ini berlaku?

Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak. Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana.

Namun bagi si suami, kehidupannya banyak dipengaruhi oleh rasional kerana itulah alat utama beliau berperanan sebagai pemimpin keluarga. Mungkin kerana itu, saya merasakan bahawa, si suami perlu kepada rakan berbincang. Sesekali suami perlu mendapatkan pandangan ketiga. Dan kerana ini, seorang lelaki yang telah berkahwin, tetap menjaga hubungannya dengan rakan karib, kerana beliau perlu kepada input-input yang membantu beliau membuat keputusan... terutamanya ketika berkonflik dengan isteri dan keluarga.

Janganlah si isteri salah faham, dengan menyangkakan suami yang pergi kepada sahabat karib itu, telah membelakangkan dirinya. Lebih mengutamakan sahabat dari isteri sendiri. Lebih percaya kepada orang luar dari teman hidup yang dinikahinya.

Jangan begitu.

Suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional. Mencari panduan dan penyelesaian. Sedangkan emosi, perasaan dan kasih sayangnya tetap teguh pada isteri dan anak-anak. Suami memerlukan rakan bukan untuk urusan emosi sebagaimana yang sering difikirkan oleh si isteri.

Emosi dan perasaan itu eksklusif dan hanya ada antara suami, isteri dan anak-anak. Namun keperluan mendapatkan input rasional, izinkan suami mencarinya dari seorang rakan, kerana hasil perbualan mereka, akan memulangkan kebaikannnya kepada kasih sayang antara suami, isteri dan anak-anak.


MERAIKAN PERBEZAAN

Saya yakin, jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, hidup kita akan seimbang. Bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus itu agar kita dapat belajar untuk saling memahami. Dengan bekalan Syariat Allah dan Sunnatullah... sempurnalah perjalanan sebuah rumahtangga.

"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki" (Al-Hadith)

"You complete me", itulah realiti hubungan antara suami dan isteri.

Monday, October 26, 2009

13 Cara Hilangkan Serabut

13 Cara Mudah Utk Kosongkan Fikiran Yg Berserabut

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Lepaskan

Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi

Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

10 Secret Powers

10 Secrets For Good Loving Relationship

The first secret - the power of thoughts.
Love begins with our thoughts. We become what we think about. Loving thoughts create loving experiences and loving relationships. Affirmations can change our beliefs and thoughts about others and ourselves. If we want to love someone, we need to consider his or her needs and desires.

The second secret - the power of respect.
You cannot love anyone or anything unless you first respect them. The first person you need to respect is yourself. To begin to gain self-respect, ask yourself, "What do I respect about myself?" To gain respect for others, even those you may dislike, ask yourself, "What do I respect about them?"

The third secret - the power of giving.
If you want to receive love, all you have to do is give it! The more love you give, the more you will receive. To love is to give of yourself, freely and unconditionally. Before committing to a relationship ask not what the other person will be able to give to you, but rather what you will be able to give them.

The fourth secret - the power of friendship.
To find a true love, you must first find a true friend. Love does not consist of gazing into each other's eyes, but rather looking outward together in the same direction. To love someone completely you must love him or her for who they are and now what they look like. Friendship is the soil through which love's seeds grow. If you want to bring love into a relationhip, you must first bring friendship.

The fifth secret - the power of touch.
Touch is one of the most powerful expressions of love, breaking down barriers and bonding relationships. Touch changes our physical and emotional states and makes us more receptive to love.

The sixth secret - the power of letting go.
If you love something, let it free. If it comes back to you, it's yours. If it doesn't, it never was. Even in a loving relationship, people need their own space. If we want to learn to love, we must first learn to forgive and let go of past hurts and grievances.

The seventh secret - the power of communication.
When we learn to communicate openly and honestly, life changes. To love someone is to communicate with them. Let the people you love know that you love them and appreciate them. Never be afraid to say those three magic words: "I love you."

The eighth secret - the power of commitment.
If you want to have love in abundance, you must be committed to it, and that commitment will be reflected in your thoughts and actions. Commitment is the true test of love. If you want to have loving relationships, you must be committed to loving relationships.

The ninth secret - the power of passion.
Passion ignites love and keeps it alive. Lasting passion does not come through physical attraction alone; it comes from deep commitment, enthusiasm, interest and excitement. Passion can be recreated by recreating past experiences.

The tenth secret - the power of trust.
Trust is essential in all loving relationships. Without it one person becomes suspicious, anxious and fearful and the other person feels trapped and emotionally suffocated. You cannot love someone completely unless you trust him or her completely.

When The Way U Love Matters..

Honey, When The Way U Love Matters..

1. TRUST


TRUST is a very important factor for all relationships. When trust is broken, it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation.

A telephone operator told me that one day she received a phone call. She answered, "Public Utilities Board." There was silence. She repeated, "PUB." There was still no answer. When she was going to cut off the line, she heard a lady's voice, "Oh, so this is PUB. Sorry, I got the number from my Husband's pocket but I do not know whose number it is."

Without mutual trust, just imagine what will happen to the couple if the telephone operator answered with just "hello" instead of "PUB".

2. NO POINTING FINGERS

A man asked his father-in-law, "Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?"

The father-in-law answered in a smile, "Never criticize your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you."

We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves.

If we forgive the others, others will ignore our mistake too.

3. CREATING PERFECT RELATIONSHIPS?

A person visited the government matchmaker for marriage, SDU, and requested "I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one."

The SDU officer said, "Your requirements, please."

"Oh, good looking, polite, humorous, sporty, knowledgeable, good in singing and dancing, willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour if I don't go out, tTelling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest."

The officer listened carefully and replied, "I understand you need television."

There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband ,because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins.

4. NO OVERPOWERING

Many relationships fail because one party tries to overpower another, or demands too much. People in love tend to think that love will conquer all and their spouses will change the bad habits after marriage. Actually, this is not the case. There is a Chinese saying which carries the meaning that "It is easier to reshape a mountain or a river than a person's character."

It is not easy to change. Thus, having high expectation on changing the spouse character will cause disappointment and unpleasantness.

It would be less painful to change ourselves and lower our expectations.

5. RIGHT SPEECH

There is a Chinese saying which carries the meaning that "A speech will either prosper or ruin a nation." Many relationships break off because of wrong speech. When a couple is too close with each other, we always forget mutual respect and courtesy. We may say anything without considering if it would hurt the other party.

A friend and her millionaire husband visited their construction site. A worker who wore a helmet saw her and shouted, "Hi, Emily! Remember me? We used to date in the secondary school."

On the way home, her millionaire husband teased her, "Luckily you married me. Otherwise you will be the wife of a construction worker."

She answered ,"You should appreciate that you married me. Otherwise, he will be the millionaire and not you."

Frequently exchanging these remarks plants the seed for a bad relationship. It's like a broken egg - cannot be reversed.

6. PERSONAL PERCEPTION

Different people have different perception. One man's meat could be another man's poison.

A couple bought a donkey from the market. On the way home, a boy commented, "Very stupid. Why neither of them ride on the donkey?"

Upon hearing that, the husband let the wife ride on the donkey. He walked besides them. Later, an old man saw it and commented, "The husband is the head of family. How can the wife ride on the donkey while the husband is on foot?"

Hearing this, the wife quickly got down and let the husband ride on the donkey.

Further on the way home, they met an old Lady. She commented, "How can the man ride on the donkey but let the wife walk. He is no gentleman."

The husband thus quickly asked the wife to join him on the donkey.

Then, they met a young man. He commented, "Poor donkey, how can you hold up the weight of two persons. They are cruel to you." Hearing that, the husband and wife immediately climbed down from the donkey and carried it on their shoulders.

It seems to be the only choice left. Later, on a narrow bridge, the donkey was frightened and struggled. They lost their balance and fell into the river.

You can never have everyone praise you, nor will everyone condemn you. Never in the past, not at present, and never will be in the future. Thus, do not be too bothered by others words if our conscience is clear..


7. BE PATIENT

This is a true story which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck. The man ran to his son, knocked him away, hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital.

Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, "Daddy,I'm sorry about your truck." Then he asked, "but when are my fingers going to grow back?"

The father went home & committed suicide.

Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired.. Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognize the difference between the person and the performance. We forget that forgiveness is greater than revenge.

People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever.

Saturday, October 24, 2009

21 Ways to Meet and Marry TWOYD

21 Ways to Meet and Marry TWOYD

by Brian Tracy.

1. Decide EXACTLY What You Want

- What you want more, less, not at all

- Describe everything!

- Set your standard High!!

2. Develop a Positive Mental Attitude

- Yourself, your life

- Be a complete optimist

- Good sense of humor

- Think only about things you want

- Think about the future

- The best is yet to come

- Think about the solution rather than the problem itself

- Proactive rather than reactive

- Do not wait things to happen, make things happen!

- Have unrealistic expectation of success

- Dare to try and endure longer

- Look for good in every situation, and how to benefit from every situation/problem

3. Look Like a Winner In Every Aspect

- Women are very visual, and impression lasts long

- Dress properly, dress for success!

- Buy clothes that look good on you, and can boost your confident

- Maintain good physical condition, look your very best you can!

4. Cast a Wide Net

- Expose yourself to more women

- Where mostly TWOYD hang out?

- Fish where the fishes are!

- Join any activity, seminar, course etc

- Increase the likelihood you will meet TWOYD

5. Become Actively Involve In Your Business and Community

~ Cast a Wide Net, Fish Where the Fishes Are ~

- Accept any invitation to social function

- Volunteer etc

6. Talk the Talk, Walk the Walk

- Be fairly knowledgeable about matter that women like

- Read women magazine, ask their opinion about article etc (most men don’t do this, so you will stand out among the rest)

7. Be Smart About Money

- The ability to provide

- Given a choice, intelligent women will choose money-prepared guy

- Pay yourself first, save! 10% of your income. And more

- If you have money in your pocket (or bank), you are different man!

- - women can actually feel your presence! your aura! your strength!

8. Look For a Winning Attitude

- Positive and cheerful most of the time

- Future oriented, situation oriented (like yourself)

- Talk about where she is going, and how to get there

- Optimistic, confident about the future

- Inner strength that comes from positive mental attitude

People Don’t Change!

In fact, under pressure, they become even more so

And success didn’t change people either, they become more of what they already are ( if they even have success at all )

People Don’t Change

What You See Is What You Get

Look for quality that you are happy with

Don’t Compromise!

9. Increase Your Self-Confidence

- your level of self-confidence

- more confident = more sex appeal

- self-confidence is based on your self-esteem ( how much you like yourself )

- Self-Esteem = Core of your personality

- The more you like yourself, the better you Feel, the better you Do

- How much you like yourself = how much you like other people = how much people like you

- I Like Myself! I Like Myself! I Like Myself!

10. Develop a Clear Sense of Direction

Set Goal for Every Area of Your Life:

Financial Goals,

Career Goals,

Health Goals,

Personal Development Goals,

Relationship Goals,

DECIDE EXACTLY What You Want TO BE, TO HAVE, TO DO!!!

Set a Clear, Written Goals:

7 simple steps of Goal setting and Achieving

1- Decide exactly what you want

2-Write it down in clear, specific details

3-Set a deadline, and sub-deadline

4-Make a list of Things To Do

5-Organize a list into a plan, by sequence and priority

6-Take ACTION Immediately. GET BUSY!!

7-Do something EVERYDAY that moves you towards your most important goals. Do Something Every Single Day.

Exercise:

1- List 10 goals you want to achieve in 12 months

2- Pick 1 goal that will have Greatest Impact on your life

3- Set a deadline, Make a plan, take action, Do something everyday.